Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday, 29 October 2012

Kamsa hamnida

Untuk post kali ini, aku ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada beberapa orang yang telah merubah hidupku.

Pertama sekali, terima kasih buat ibuku yang telah memberikan sumbangan paling besar bagiku merealisasikan impian yang telah lama bercambah di dalam hati sanubari diri ini. Terima kasih kerana sanggup membuat pengorbanan dari segi kewangan, masa, tenaga dan yang paling utama sekali perasaanmu sendiri demi melayan kerenah anakmu yang kadangkala perit untuk ditelan (rasanya bukan kadangkala tapi seringkali). Terima kasih, ibu.

Yang kedua, terima kasih buat adikku yang mahu mengikuti kehendak kakakmu ini. Terima kasih kerana telah bersama-sama denganku di sepanjang jalan ini berkongsi kegembiraan dan menjadikan hari itu berlipat ganda lebih baik lagi walaupun pada mulanya dikau enggan tetapi demi kakakmu ini tetap digagahkan jua dirimu menuruti permintaanku. Terima kasih, adik.

Yang ketiga, terima kasih buat sahabatku yang acapkali menjadi tempatku menceritakan segala yang berkaitan dengannya. Terima kasih kerana sudi untuk menjadi tempat aku meluahkan apa yang terpendam dihati dan bergelak tawa bersamaku tatkala aku mula berceloteh mengenai obsesiku. Terima kasih, sahabat.

Yang terakhir sekali tetapi yang paling penting, terima kasih buat kalian berlima. Terima kasih kerana sanggup datang ke sini untuk menggembirakan bukan sahaja aku bahkan beribu yang lain. Terima kasih kerana memberikan yang terbaik untuk hari itu walaupun cuaca tidak menyebelahi kita tetapi kau teruskan jua demi aku dan yang lain. Aku akan berpegang pada janjimu bahawa kalian semua akan kembali semula ke sini tidak lama lagi. Walau apa pun, terima kasih.

Kamsa hamnida <3

Salam blogger ^__^

1 comments:

 

Quote

“Some cause happiness wherever they go; others whenever they go” - Oscar Wilde

Today?

It's super hectic for me!!! But like usual, Nurul Izzah Binti Razaman, my friend, save the day for me. Thank you, friend TT_TT

Hi!

Now that you're here, feel free to go through my blog.
A blogger regards ^__^

Alang-alang dah sampai, intai-intailah blog saya.
Salam blogger ^__^