Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday, 20 October 2012

Sakit kepala

Kalau aku tak terangkan pun, orang yang baca tajuk post di atas tu boleh tahu isi yang aku nak tulis dalam selebih post ni. Jadi, aku SAKIT KEPALA (tak nak letak tanda seru sebab nanti bertambah sakit kepala aku, konon!).

Sebab aku sakit kepala? Eh, banyak sebabnya dan sebab-sebab tu bukannya remeh temeh. Antaranya:
  1. Program - Aku libatkan diri dalam program English Zone (kolej) serta Pesta Konvokesyen UKM ke-40 (pusat) dan kedua-dua progam ni berlangsung pada hari yang sama, tempoh yang sama dan tamat pada hari yang sama. Kedua-dua program ni pulak memerlukan komitmen yang sangat tinggi dari ahli-ahlinya yang menyebabkan kalau aku pergi program English Zone aku kena korbankan program Pesta Konvokesyen dan begitu juga sebaliknya. Disebabkan kerumitan ni, bermulalah kepala aku berserabut memikirkan aku ni dah terjerumus dalam lubang gelap jenis apa (padahal aku sendiri yang sengaja cari nahas libatkan diri dengan dua program pada satu-satu masa tapi aku tak tahu pun masa awal-awal mendaftar dulu).
  2. Tidur - Macam yang aku tulis kat atas, aku ni melibatkan diri dengan program yang boleh membantu aku menambahkan jam kredit, maka komitmen yang perlu aku berikan adalah sepenuhnya sebagai ahli yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program berkenaan. Bila hari program semakin hampir, waktu tidur aku pula semakin luput. Ini bermakna, aku kekurangan tidur yang optimum (tu tak campur lagi waktu tidur lebihan yang aku lepaskan).
  3. Internet - Pasal yang ni tak perlulah aku jelaskan panjang-panjang sebab aku dah tulis satu post pun menceritakan pasal benda alah ni (malas nak ulang banyak kali sebab buat aku bertambah sakit otak).
  4. Kuiz - Sebelum aku mula menaip untuk post ni, aku baru siapkan dua kuiz akaun. Inilah faktor utama yang membuatkan kepala aku makin berdenyut-denyut. Aku duduk termenung menghadap komputer riba aku dua jam lima belas minit secara berterusan sebab nak siapkan kuiz tu punya pasal. Tarikh akhir kedua-dua kuiz tu malam ni, jadi hendak atau tidak aku kena buat malam ni jugak (aku bukannya nak sangat buat kerja saat-saat akhir tapi menyiapkan kuiz tu menggunakan internet, jadi kena tunggu aku balik baru boleh siapkan dan sebab aku balik baru nak buat tu perlu ke aku terangkan lagi?).

Di atas merupakan antara penyebab dan punca aku mendapat sakit kepala. Aku bukannya menyalahkan orang lain atau meletakkan kesalahan tu pada sebab-sebab yang aku nyatakan. Sebab semua yang berlaku itu terjadi adalah kerana itulah rantaian atau suratan takdir (cewah! nak bermadah pulak aku malam-malam ni). Apa yang kita lakukan pada masa lampau akan memberi kesan pada apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Macam itulah yang berlaku pada aku sekarang. Disebabkan keputusan aku nak lakukan sesuatu di masa lepas membuatkan aku sakit kepala di masa kini.

Aku berhenti setakat ini dahulu. Bunyi aku menaip keletak-keletuk macam seiring dengan denyutan sakit kepala aku ni. Makin menjadi-jadi pulak nanti. Hanya satu sahaja yang aku harapkan iaitu supaya sakit kepala aku tidaklah melarat menjadi lebih parah serta segeralah ia sembuh. Penyelesaian aku untuk sakit kepala ni? (oh tidak! bukan makan ubat) Makan McDonald dan diikuti dengan tidur yang nyenyak. Sekian.

Salam blogger ^__^

0 comments:

Post a Comment

 

Quote

“Some cause happiness wherever they go; others whenever they go” - Oscar Wilde

Today?

It's super hectic for me!!! But like usual, Nurul Izzah Binti Razaman, my friend, save the day for me. Thank you, friend TT_TT

Hi!

Now that you're here, feel free to go through my blog.
A blogger regards ^__^

Alang-alang dah sampai, intai-intailah blog saya.
Salam blogger ^__^