Percubaan 1, 2, 3.
Hai dunia blog. Ini merupakan post aku yang pertama sepanjang sejarah hidup aku di muka bumi ini sebab aku tak pernah ada blog. Inilah kali pertama aku memiliki blog di web dan menjadi seorang blogger tapi kalau 'coolblog' tu dah banyak kali aku minum sampai dah tak terkira bilangannya. Aku buat lawak yang aku sendiri rasa tak kelakar. Aku ni sebenarnya tak ada idea nak taip apa untuk blog post pertama aku ni. Jadi mulalah aku nak merepek yang bukan-bukan. Tapi aku tetap nak taip jugak!
Aku mendaftar untuk blogger ni dengan bantuan kawan aku (terima kasih Izzah!) sebab kepala otak aku memang betul-betul kosong pasal blog sebab selama ni cuma reti tengok blog orang lain. Bila dah ada blog sendiri, aku ambil masa sedikit (agak lama jugak sebenarnya sampai jadi cuak sebab takut Encik Azzwan mengamuk tengok blog aku yang langsung tiada sebarang perkembangan) nak post di blog ni dan ubahsuai blog aku supaya mengikut citarasa aku serta bertepatan dengan apa yang dikehendaki Encik Azzwan.
Kemudian, aku belajar sendiri selok belok dalam nak berblogging ni dan bagi aku bukan mudah tetapi bukanlah susah sangat. Sebabnya, aku ada tumblr yang boleh dikatakan agak sama tapi macam tak serupa dengan blog ni. Jadi aku gunakan pengetahuan aku yang tak seberapa tu dan buat-buat pandai sendiri mencuba segala macam benda dalam blog yang baru bagi aku. Tapi yang paling sakit sekali dalam nak buat blog ni adalah bila nak ubahsuai blog, sama jugak macam tumblr. Nak buat tu sahaja boleh memakan masa berjam-jam (ni bagi diri aku, orang lain aku tak tahu) sampai rasa macam nak nyanyi lagu Nirwana band pulak masa tu.
Walaupun tujuan blog ni aku buat untuk cukupkan syarat kelas aplikasi komputer, aku taklah nak uruskan blog aku ni sambil lewa. Aku teringin jugak nak orang-orang dan blogger lain yang baca post aku atau singgah tengok blog aku, syok je layan blog aku ni. Aku tak naklah masa yang aku habiskan menghadap blog aku ni sia-sia tanpa aku mendapat sebarang faedah (dalam bentuk pengetahuan) mahupun kepuasan.
Tengok! Tadi mula-mula tak tahu nak tulis apa dalam post ni. Tapi bila jari dah mula menaip, laju je idea meluncur dalam kepala menstruktur ayat untuk aku taip. Walaupun aku sendiri sedar betapa merepeknya aku dalam post ni. Kesimpulannya, aku berhenti sampai sini dulu sebelum aku pergi lebih jauh dan tak boleh nak berhenti.
Salam blogger ^__^
Sama-sama Ama (^__^) Nice entry, mmuahhh
ReplyDelete