Dalam blog ni, aku banyak post dalam bahasa inggeris (siapa yang baca semua atau hampir semua mesti perasan). Kenapa? Bukan sebab aku nak menunjuk aku ni pandai atau bijak sangat berbahasa inggeris. Padahal aku rasa tahap aku dalam bahasa antarabangsa ni masih lagi dalam peringkat sederhana.
Perbendaharaan kata aku bukannya banyak sangat (aku rasa terlampau sedikit nak banding dengan jumlah semua perkataan yang wujud, tak sampai 1% pun agaknya). Tatabahasa pun acapkali salah bila buat ayat (perkara biasa). Struktur ayat kadang-kadang tunggang-langgang (menjadi pelik dan susah nak difahami). Pendek cerita, ada banyak lagi yang perlu aku belajar. Dan lebih banyak lagi usaha yang perlu aku berikan.
Berbalik pada persoalan asal. Kenapa?
Sebab aku rasa lebih senang nak keluarkan kata-kata kesat dalam bahasa inggeris. Sekian.
Salam blogger ^__^